aku tak jumpa silver lining..

Kelas english pagi tadi kitaorang main game yang lukis kat whiteboard pastu kawan-kawan kena teka ayat, ada satu kata2 yang aku suka iaitu every cloud has a silver lining. Aku pasti semua orang tau apa maknanya. berbekalkan keyakinan yang memang akan ada hikmah selepas segala kesusahan, aku pun sangat lah positif hari ni.

Lepas kelas english pukul 8 pagi tadi sampai lah 4 petang tadi, macam takda apa-apa yang menyenangkan hati pun. Kelas dinamika yang sepatutnya cancel tapi tiba2 diorang kata ada, combine dengan kelas sebelah. Baru nak bergembira tak payah turun petang..waaaaa. Tapi mengenangkan aku yang tak berapa terer pasal negara sendiri aku pun gagahkan diri turun..belajar kewarganegaraan ya hari.
Sampai pukul 4 pegi cubical kimia nak hantar assignment 100% yang kena buat 6 copy tapi aku buat 5 je..kena tambah lagi. Dan yang menariknya kena jawab satu soalan on the spot baru berjaya dapat 100% tu. Nak jadi cerita, dapat soalan yang paling aku taknak..nganga setengah jam nak buat mechanism yang sebenarnya 5minit pun da boleh siap da(untuk orang yang terer ya, bukan aku). Nasib baik puan yang ada smiling face tu suruh datang balik esok, dia bagi chance..fuhh..lega.

Eh, mana silver lining nih? Aku tertanya2 jugak tapi aku masih positif mungkin nasib aku lebih baik pada lewat petang ni. Hari ni kitaorang nak kena tunjukkan banner untuk pertandingan yang kita join. Ingatkan dapat lah top 10 ke tapi setelah melihat saingan yang melukis dan buat banner cun gila. Aku rasa rendah diri. Tapi bukan salah kitaorang..kaler cat yang kitaorang dapat memang macam #@^%*##*^%..malas nak cakap tahap kualiti kaler tersebut. Paling tak puas hati apsal ada group dapat kaler lawa? Diskriminasi sungguh. tapi bila fikir balik, kitaorang punya banner tak la teruk sangat, comel je aku tengok cuma tak lah gah macam group yang dapat kaler lawa2 tu. Ok, silver lining tak juga muncul. setelah kecewa sebab tak dapat top 10, kitaorang pegi order makan. Tetiba je hari ni order lambat sampai. Apakah?

Ok, kesimpulannya aku lambat lah balik bilik. Dan hari ni hujan sungguh lebat serta angin memang kuat gila. aku terlupa angkat kain tengahari tadi, kain aku basah balik. Oh, terbaeknya hari ni. bila dah rehat2 barang seminit dua, teringat pulak aku jemur kasut aku tengah hari tadi sebab basah sikit. Aku keluar cari kat rak tiada. Aku terus jenguk kat bawah. Ya, itu dia..kasut kat bawah dah. Siap ditenggelami air lagi. Aku pun turun dengan hujan yang memang lebat sebab takut kasut hanyut. Baru balik naik tingkat 3, turun tingkat 3 ambik kasut dan naik balik. Aku rasa sungguh gembira, tak payah exercise susah2 untuk kuruskan badan. Aku dapat kasut basah dengan extra rumput rampai lagi. Jadi, dimanakah silver lining tersebut? Aku masih tertanya2..




p/s: kalau tak dapat silver lining, gold lining pun ok jugak..ehee..

Love, Mira.

Comments

  1. gile bersastera la mengarang esei...bakat terpendam tu...hahahaha..cuma msukkan unsur2 sj skit..hehe...mna citer tntg z......hahaha

    ReplyDelete
  2. nk tau gak...citer la...skit pn x pe...hahaha

    ReplyDelete
  3. tak perlu dayah, aku nak dengar cta a dulu..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers